Dah sah2 la buah manggis tu hakmilik mutlak Econsave dan kamu tidak diberi hak untuk 'merasa makan' sampai berbijik sekaligus..dah la tu..kulitnya dicampak sesuka hati mak ayah sedara dia..apa daaa punya perangai!..
Kami duk perati jer sambil2 tu pilih2 la sayur nak dibeli tu..Encik suami yang fulltime duk perati deme2 tu..sambil borak2 sambil manggis masuk mulut..
Haihh..aku memang tak berkenan tul tengok benda2 cani..Ringan aje mulut nak pegi menyound diorang..tapi aku pikir balik..malaslah nak layan benda2 tak mendatangkan pekdah secara total kat aku ni..Jadi aku biarkan je la diorang kendurikan buah manggis tu kat situ..
Takkan la tak tahu yang benda tu akan jadi darah daging..dah la tak mintak permission kat tuan tanah..selamba badak aje dia melantak..cam buah tu datang dari dusun nenek dia..
Dah la curi makan barang orang..pastu cam nyanyuk pun ada..ada ke barang2 dia nak letak dalam troli yang encik suami aku tengah duk sorong..Tu la..makan lagi benda2 tanpa izin..kan dah dapat cash malu..tertaruk barang ke dalam troli org lain..Huhh..Tapi tak tau la kalau2 dia sajaa jer nak tertaruk barang kat dalam troli yang encik suami saya duk tolak tu..Nak ngorat ka?..Kalau berani,mai la..aku seligi hang nanti..hahah..
InsyaALLAH,setakat ni aku dgn encik suami aku masih lagi tahu mana elok mana tak elok..sebab aku tahu benda tu adalah sesuatu yang kurang manis dibuat dan sangat tidak elok dipandang mata orang lain..
Selalunya aku akan menilai sesuatu benda yang aku nak beli tu melalui rupabentuk dia..dan bau..Kalau rasa2 elok baru beli..tak la sampai nak 'merasa makan' cam minah 2 ekor tu..Dah makan puas..ambik la 2,3 biji masuk dalam plastik beli buat syarat..mungkin dia perasan aku dengan encik suami jeling2 kat dia agaknya..Kalau tak,mahu sebakul buah tu dilantaknya..
Ni bukan kali pertama aku terserempak dgn kejadian2 macam ni..ada beberapa kali..
aku pun dah tak bape nak ingat dah..
Ada sekali tu roman cam pak aji..dia rasa kacang ke apa ntah itu hari..tak sedap agaknya terus dia bawak keluar dari mulut dia pastu campak kat lantai..Adoiii..tergamam aku..orang camni pun ada ke??..
Masa dekat bulan puasa itu hari..buah kurma yang elok2 dalam kotak..dah terbarai2..yang paling sadisnya..siap tinggalkan biji dia lagi kat situ..
adoiii..mengucap aku..Tak rasa bersalah ke?..
Harap2 kita semua tak buat macam depa2 ni duk buat..Tak elok,tak manis org tengok..
Jangan duk lupa ALLAH duk tengok sama..
Sekian dulu la celoteh aku untuk malam ni..Punggung pun dah naik kematu ni duk atas kerusi lama sangat ni..
Sama2 kita renungkan..
Sama2 kita renungkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.