Isnin, 2 Januari 2012

Hati yang terkorban..

~ Ini merupakan entry aku yang kedua..Rasa seronok pulak meluahkan rasa melalui penulisan..Bagi aku ini salah satu cara to release apa yang ada dalam hati dan jiwa nurani aku terhadap sesuatu itu..

Panas terik kat luar..Sudah seminggu tiada hujan rahmat menyambut kedatangan tahun baru 2012 ini..Tiada apa2 aktiviti luar yang mahu dilakukan hari ini since the weather pun tak mengizinkan..lagi2 aku ni dah la puteri lilin..memvakum dalam rumah pun boleh berpeluh menitik2 apatah lagi duduk bawah matahari..Cair aku nanti!..:-))

Takde apa yang seronok untuk aku tulis kat sini..Semuanya biasa2 sahaja...Cuma di malam tahun baru aku terjumpa sesuatu dan terlihat sekeping gambar yang buatkan aku rasa sedihhh sangat2..
Lepas melihat itu..malam itu aku tak dapat melelapkan mata..dan selepas malam itu jugalah aku buat keputusan untuk menulis dalam blog..selama ari ni aku tak terfikir dan tak teringin langsung nak active menulis di blog macam ni..

Malam itu air mata laju turun..diam2 aku menangis..aku tak mahu encik suami tahu aku menangis..aku pura2 tidur..sedangkan waktu itu dada aku sebak..tanpa sedar setitik demi setitik jatuh membasahi pipi yang dah tak berapa nak gebu seiring dengan faktor peningkatan usia..[sempat pulak aku berjenaka ]Sedihnya tak tertanggung..yang selama ini aku sengaja cuba melupakan semua perasaan ini..namun akhirnya aku tewas dgn perasaanku sendiri..

Hidup ini adakalanya kita harus menjadi seperti lilin..membakar diri menerangi yang lain..mengorbankan hati dan perasaan sendiri semata2 mahu melihat kebahagiaan mereka yang aku sayangi..Aku tidak mahu kerana aku mereka menghadapi conflict suami isteri..Biarlah aku pergi jauh..Biarlah semua ingatan yang buruk2 terhadap aku tertanam dalam fikiran dia..mungkin itu lebih baik supaya tiada rasa bersalah dia terhadap aku untuk selamanya..Cuma aku sangat mahu dia tahu aku sangat sayangkan dia kerana dialah satu2nya pakcik yang aku ada di dunia ini..dia adalah adik bongsu aruah emakku..Biarlah kalau dia sedikit pun tidak menyayangi aku kerana aku tahu di mana tempat aku selayaknya..
Kerana dialah aku dapat menduduki peperiksaan SPMku..kerana dialah yang telah menghulurkan wang untuk aku melunaskan yuran peperiksaan..walaupun pada ketika itu aku menumpang tinggal di rumah ayah kandungku sendiri..mengapa ayahku sendiri tidak membayarnya untuk aku..aku tidak punya jawapan untuk itu..

Biarlah semuanya aku tanggung sendiri..Biarlah semua ingatan buruk tentang aku hidup sampai bila2 dalam layar ingatan dia..aku rela..biarpun sampai aku menutup mata..
Di kejauhan aku selalu mendoakan dia dan keluarga..Rindu mahu menatap wajahnya..Rindu mahu mencium tangannya sebagai tanda hormat dan sayang aku pada dia..tapi aku tak daya melakukan itu..Di wajah dia aku seolah2 melihat wajah aruah nenek dan emakku..namun apalah dayaku..
Aku juga merindukan sepupu aku..Nurul Atiqah namanya yang rasanya masa dia kecik2 dulu debab2 mirip aku waktu kecik2 dulu jugak..Seolah melihat diri aku di dalam dia..

Argghhhh..Semua ini sangat mendera perasaanku..YA ALLAH..Berikan aku kekuatan.

Mak..Kalaulah kedua2 mak masih ada..anakmu ini tidak akan terpaksa melalui semua situasi yang sangat melukakan ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.