Khamis, 5 Januari 2012

Ciptaan ALLAH yang hebat...!

~ Malam tadi selepas solat maghrib aku ditemani encik suami tersayang ke Billion Semenyih..nak ambil stock makanan budak2 kat umah ni yang dah habis kering kontang dari Ain..Sampai sana tengok Ain dah sampai..mujurlah dia tak tunggu lama lagi..sbb janji dgn dia 8.15..sampai sana dalam 8.07 malam..
Aku tak suka biarkan org tunggu aku..biar aku tunggu org takpe..asalkan jangan la lama sangat..melainkan special cases..tayar pancit ke..itu dimaafkan tanpa banyak soal jawab.
Sampai tu sambil mengtransferkan makanan budak2 yang berat berbuntil2 tu..sempat la berborak2..pastu dan lagi meraba2[jgn salah faham dulu] perut bulat Ain..Best jer rasa dia..hehe..
Ain ni tengah peknen..:)

Dalam borak2 tu mata terpandang ke sekor budak nih..Dtg dari area belakang Billion tu..terkedek2 dia jalan..pastu siap lintas jalan lagi nak  pegi ke tempat kitorang duk parking kete tu..Dalam pada dia nak melintas tu tengok2kan jugak kalau2 ada kete2 nak lalu..

Bila dah sampai dekat..baru terperasan yang budak sekor tu ialah budak yang sama yang Ain kasi wet food lebih kurang 2 minggu lepas..waktu kitorang jumpa untuk ambik makanan jugak..Aku dgn Ain sangat terkejut..juga sangat terharu..Dia boleh kenal kitorang..Dengan yakin dia datang terkedek2 kat kami..mungkin dia terbau makanan ataupun dia boleh bau org2 yang sayang kat dia ni agaknya..Hanya dia dan ALLAH saja yang tahu jawapannya..

Ain pun tanpa berlengah terus bukak wet food tin yang baru..nak kasi kat budak comel sekor ni..mata dia kecik..muka kecik comelll sangatttt..
Mugkin dia ni betina that's y orang letak dia kat situ..
Dia pun makan dengan sangat berselera..Nyumm..nyummm...Dah habis..dia mintak lagi..Ain kasi lagi..sampai dia kenyang..Dah kenyang tu,aku dukung dia bawak ke tempat seberang jalan tempat dari mana dia datang tadi..takmo biarkan dia lintas jalan sorang2..Dah letak situ..aku usap2 pale dgn badan dia sambil pesan..jaga diri leklok..nanti mummy datang lagi yer..

Aku pun kembali ke tempat park kete..dari jauh kami peratikan gelagat dia yang sedang menjilat2 kesedapan tangan dia tu..Syukur Alhamdulillah kata dia..Dalam hati dia berkata,nanti datanglah selalu yer mummy berdua..

Doa kami semoga dia selamat dan sihat2 selalu..sentiasa ada rezq bila dia terasa lapar..Kami tak dapat nak bawak balik sbb di rumah Ain pun dah ada ramai..kat rumah aku pun sama..Moga2 ada insan yang akan terbuka hati untuk memelihara dia dan beri dia kasih dan sayang..
Ameeen..

*YA ALLAH,Makbulkanlah doaku yang satu ini..Ameeen3..YarabbalAlaminnn..

Rabu, 4 Januari 2012

Takkan tak boleh fikir sendiri..

~ 2 hari lepas ke Econsave dgn encik suamiku yang tercinta..nak beli stok barang2 basah yang dah habis kat umah ni..Macam biasa jalan penuh lenggang lenggok menuju ke dalam..Sampai kat dalam encik suami pun mengambil troli..Jalan 2,3 tapak encik suami cuit aku..dia bisik kat aku..acu tengok tu..[sambil memuncungkan muncungnya ke arah 2 orang perempuan yang sorang bertudung..roman cam india muslim,sorang lagi telanjang bogel kepala dia..sedang enak 'merasa makan' beberapa biji buah manggis tanpa rasa berdosa..]

Dah sah2 la buah manggis tu hakmilik mutlak Econsave dan kamu tidak diberi hak untuk 'merasa makan' sampai berbijik sekaligus..dah la tu..kulitnya dicampak sesuka hati mak ayah sedara dia..apa daaa punya perangai!..

Kami duk perati jer sambil2 tu pilih2 la sayur nak dibeli tu..Encik suami yang fulltime duk perati deme2 tu..sambil borak2 sambil manggis masuk mulut..


Haihh..aku memang tak berkenan tul tengok benda2 cani..Ringan aje mulut nak pegi menyound diorang..tapi aku pikir balik..malaslah nak layan benda2 tak mendatangkan pekdah secara total kat aku ni..Jadi aku biarkan je la diorang kendurikan buah manggis tu kat situ..

Takkan la tak tahu yang benda tu akan jadi darah daging..dah la tak mintak permission kat tuan tanah..selamba badak aje dia melantak..cam buah tu datang dari dusun nenek dia..

Dah la curi makan barang orang..pastu cam nyanyuk pun ada..ada ke barang2 dia nak letak dalam troli yang encik suami aku tengah duk sorong..Tu la..makan lagi benda2 tanpa izin..kan dah dapat cash malu..tertaruk barang ke dalam troli org lain..Huhh..Tapi tak tau la kalau2 dia sajaa jer nak tertaruk barang kat dalam troli yang encik suami saya duk tolak tu..Nak ngorat ka?..Kalau berani,mai la..aku seligi hang nanti..hahah..


InsyaALLAH,setakat ni aku dgn encik suami aku masih lagi tahu mana elok mana tak elok..sebab aku tahu benda tu adalah sesuatu yang kurang manis dibuat dan sangat tidak elok dipandang mata orang lain..

Selalunya aku akan menilai sesuatu benda yang aku nak beli tu melalui rupabentuk dia..dan bau..Kalau rasa2 elok baru beli..tak la sampai nak 'merasa makan' cam minah 2 ekor tu..Dah makan puas..ambik la 2,3 biji masuk dalam plastik beli buat syarat..mungkin dia perasan aku dengan encik suami jeling2 kat dia agaknya..Kalau tak,mahu sebakul buah tu dilantaknya..



Ni bukan kali pertama aku terserempak dgn kejadian2 macam ni..ada beberapa kali..
aku pun dah tak bape nak ingat dah..

Ada sekali tu roman cam pak aji..dia rasa kacang ke apa ntah itu hari..tak sedap agaknya terus dia bawak keluar dari mulut dia pastu campak kat lantai..Adoiii..tergamam aku..orang camni pun ada ke??..



Masa dekat bulan puasa itu hari..buah kurma yang elok2 dalam kotak..dah terbarai2..yang paling sadisnya..siap tinggalkan biji dia lagi kat situ..

adoiii..mengucap aku..Tak rasa bersalah ke?..


Harap2 kita semua tak buat macam depa2 ni duk buat..Tak elok,tak manis org tengok..
Jangan duk lupa ALLAH duk tengok sama..


Sekian dulu la celoteh aku untuk malam ni..Punggung pun dah naik kematu ni duk atas kerusi lama sangat ni..

Sama2 kita renungkan..

Tapai pulut..ooo..tapai pulut

As salam semua..


Hari ni aku terlebih ghajin[aku memang ghajin pun cuma ari ni terdouble ghajin..]
sape lagi nak puji kalau tak diri sendiri ye tak..ibarat masuk lif tekan sendiri..heheh..

Aku tanak pulut ari ni..sekilo.Hajatnya nak buat tapai pulut..ragi ori mari from Kelantan pun dah sampai semalam.. abang posmen poslaju anto..tu yang aku berkobar2 tu nak membuat tapai pulut sendiri..Selama ari ni duk makan yang beli saja..dah la mahal..kadang2 tak menepati citarasa aku..[hoho..sedap jer aku cakap kan..macam la aku ni experts nor bab2 buat tapai pulut ni..ni pun pes time aku buat sendiri].

Sekarang ni tengah proses menyejukkan beras pulut yang dah siap ditanak tadi tu betul2..malam karang aku baru nak tabur ragi..Huii..tak sabau lak rasanya nak tunggu proses dia peram tu..tak sabau nak tahu jadi ke tak tapai pulut aku ni..sedap ke tak..

Paling tak sabau nak makan tapai pulut tu dgn aiskrim vanilla yang selalu org duk sibuk citer tapai pulut memang mabeles makan dgn eskem vanilla tu..dah lama tak makan woo..

Duhai hati sabarlah menunggu tapai..
Moga2 menjadi la tapai pulut hasil air tangan pertama aku ni..Ameeen.


Kalau nak rasa,mai la umah chek no!..:)

Isnin, 2 Januari 2012

Kenangan manis sewaktu kecilku

~ Semua org pasti ada sesuatu yang sangat indah untuk dikenang mungkin untuk sepanjang hayat..Sama jugak macam aku..

Main basikal..jatuh sampai berlubang lutut..masuk parit tangkap ikan la kononnya..padahal berudu..bawak balik..sibuk cari botol..aruah nenek kasi botol nescafe dia yang dah habis..Seronok dapat masukkan anak berudu tu dalam botol..isi air sampai penuh..pastu tu tutup botol ketat2..Haha..bijak pandai tul..
Esoknya sume dah keras kejung..adoii

Aku ada basikal..jangan tak tau warna biru lagi..Pak usu yang belikan..Basikal Bmx kot rasanya..tak ingat dah..Yang aku ingat basikal tu ada bakul..senang nak isi barang kalau g kedai dgn aruah nenek..Basikal yang aku ada tu paling grand kalau nak dibandingkan dgn basikal kawan2 aku yang lain..sbb basikal tu mahal punya..[hehe]

Dengan basikal tulah..aku curi2 merayau dgn kawan2 tak kasi tahu aruah nenek,takut dia tak kasi..hari tu terjauh pulak merayau dgn kawan2..balik sampai rumah nak dekat maghrib..sampai2 jer..aku ternampak satu lembaga hijau..motor vespa pak usu aku..BAV 2711..adoii..pak usu balik la..baru aku teringat hari tu hari sabtu..biasanya bila hujung minggu pak usu mesti balik umah aruah nenek..

Aku dah cemas dah..Aku memang gerun sikit dgn pak usu aku ni..jantung macam nak tercabut rasa..Dalam kepala ligat mikir apa nak jawab ni..slow2 aku park basikal kat tepi pokok ke tepi tiang batu..aku pun tak ingat dah..
Aku kena marah..pak usu kata kalau buat lagi pangai camtu..dia nak jual basikal tu..
Huuu..tobat aku takmo buat dah sbb aku sayang basikal aku tu..itulah harta yang paling aku sayang selepas satu tin milo besar isi guli..Haha..jangan tak caya..aku terror tau main guli..sampai kawan datang umah ajak aku main..Hehe..[terror la sangattt]

Basikal tu banyak berjasa pada aku..Dengan basikal itulah aku ulang alik ke sekolah agama petang sambil menggendong kawan aku yang cacat..Ita namanya..

Tak sampai hati aku tengok dia terhencot2 berjalan di tengah panas terik,jauh jugak la..sebelum ke sekolah agama aku ke rumah dia dulu di simpang yang berlainan untuk jemput dia..waktu balik pun sama..aku hantar dia dulu baru balik umah..


Hari2 aku buat macam tu..sbb aku kesiankan dia..Ita pun sayang kat aku..kawan lain takmo tumpangkan dia walaupun duduk di jalan yang sama..mungkin Ita tu macam tu..aku tak kisah..aku kawan dgn dia sbb aku kesian dgn keadaan dia..aku memang tak sampai hati biarkan dia jalan terhencot2 mcm tu..
Tak tahu apa khabar Ita sekarang..Moga dia sihat2 saja hendaknya..Ameeen..

Lebih kurang camni la roman basikal pertama kesayangan aku..tapi rasanya basikal aku ada palang kat tengah..tak ingat aku ada ke tak..
Dengan basikal tu jugak..aku jalan2 dgn Yati..kawan aku jugak..dia bisu..anak cina..tapi keluarga angkat dia melayu..sian dia..aku susah nak faham dia mula2..dah lama2 aku dah reti how to communicate with her..Harap dia juga sihat2 saja hendaknya..Ameeen..

Basikal yang aku sayang tu dah jahanam..anak makcik Bahyah yang nakal tak ingat tu buat..patah handle dia..Sakit hati aku..Huh!.

Banyak lagi nak citer..nanti aku sambung yer..hari pun dah petang ni..nak angkat kain jemuran..
Jumpa lagi di lain episode..

Peace yo!..
*sengaja menceriakan hati sendiri.

Hati yang terkorban..

~ Ini merupakan entry aku yang kedua..Rasa seronok pulak meluahkan rasa melalui penulisan..Bagi aku ini salah satu cara to release apa yang ada dalam hati dan jiwa nurani aku terhadap sesuatu itu..

Panas terik kat luar..Sudah seminggu tiada hujan rahmat menyambut kedatangan tahun baru 2012 ini..Tiada apa2 aktiviti luar yang mahu dilakukan hari ini since the weather pun tak mengizinkan..lagi2 aku ni dah la puteri lilin..memvakum dalam rumah pun boleh berpeluh menitik2 apatah lagi duduk bawah matahari..Cair aku nanti!..:-))

Takde apa yang seronok untuk aku tulis kat sini..Semuanya biasa2 sahaja...Cuma di malam tahun baru aku terjumpa sesuatu dan terlihat sekeping gambar yang buatkan aku rasa sedihhh sangat2..
Lepas melihat itu..malam itu aku tak dapat melelapkan mata..dan selepas malam itu jugalah aku buat keputusan untuk menulis dalam blog..selama ari ni aku tak terfikir dan tak teringin langsung nak active menulis di blog macam ni..

Malam itu air mata laju turun..diam2 aku menangis..aku tak mahu encik suami tahu aku menangis..aku pura2 tidur..sedangkan waktu itu dada aku sebak..tanpa sedar setitik demi setitik jatuh membasahi pipi yang dah tak berapa nak gebu seiring dengan faktor peningkatan usia..[sempat pulak aku berjenaka ]Sedihnya tak tertanggung..yang selama ini aku sengaja cuba melupakan semua perasaan ini..namun akhirnya aku tewas dgn perasaanku sendiri..

Hidup ini adakalanya kita harus menjadi seperti lilin..membakar diri menerangi yang lain..mengorbankan hati dan perasaan sendiri semata2 mahu melihat kebahagiaan mereka yang aku sayangi..Aku tidak mahu kerana aku mereka menghadapi conflict suami isteri..Biarlah aku pergi jauh..Biarlah semua ingatan yang buruk2 terhadap aku tertanam dalam fikiran dia..mungkin itu lebih baik supaya tiada rasa bersalah dia terhadap aku untuk selamanya..Cuma aku sangat mahu dia tahu aku sangat sayangkan dia kerana dialah satu2nya pakcik yang aku ada di dunia ini..dia adalah adik bongsu aruah emakku..Biarlah kalau dia sedikit pun tidak menyayangi aku kerana aku tahu di mana tempat aku selayaknya..
Kerana dialah aku dapat menduduki peperiksaan SPMku..kerana dialah yang telah menghulurkan wang untuk aku melunaskan yuran peperiksaan..walaupun pada ketika itu aku menumpang tinggal di rumah ayah kandungku sendiri..mengapa ayahku sendiri tidak membayarnya untuk aku..aku tidak punya jawapan untuk itu..

Biarlah semuanya aku tanggung sendiri..Biarlah semua ingatan buruk tentang aku hidup sampai bila2 dalam layar ingatan dia..aku rela..biarpun sampai aku menutup mata..
Di kejauhan aku selalu mendoakan dia dan keluarga..Rindu mahu menatap wajahnya..Rindu mahu mencium tangannya sebagai tanda hormat dan sayang aku pada dia..tapi aku tak daya melakukan itu..Di wajah dia aku seolah2 melihat wajah aruah nenek dan emakku..namun apalah dayaku..
Aku juga merindukan sepupu aku..Nurul Atiqah namanya yang rasanya masa dia kecik2 dulu debab2 mirip aku waktu kecik2 dulu jugak..Seolah melihat diri aku di dalam dia..

Argghhhh..Semua ini sangat mendera perasaanku..YA ALLAH..Berikan aku kekuatan.

Mak..Kalaulah kedua2 mak masih ada..anakmu ini tidak akan terpaksa melalui semua situasi yang sangat melukakan ini..

I am the only daughter belongs to Hafsah Alias my lovely mum.

Assalamualaikum n Happy New Year untuk semua..


Sebagai permulaan,biarlah aku memperkenalkan diri..

Namaku Nida..Nama penuhku Harnidah Bte Udin..Nama yang diambil dari nama aruah ibuku Hafsah,aruah datukku Alias,aruah nendaku Rogayah dan nama papaku sendiri..lalu terhasillah namaku itu..


Di zaman kanak2ku menjadi zaman paling terindah dalam hidupku..walaupun emak kandungku meninggal dunia semasa melahirkan aku..kerana komplikasi jantung..hidupku dilimpahi kasih sayang yang melimpah ruah dari aruah nendaku tersayang..Cakap aje apa hendak..pasti seribu daya aruah nendaku menuruti kemahuanku..Kadang2 tak dapat jugak..hehe..Aku masih ingat waktu itu,aku mahukan color pencil LUNA [color yang paling glamer waktu itu ].Nak bukan yang kecik2,nak yang paling besar sekali..Puas merajuk,menghentak2 kaki sume[maklumlah budak2 lagi time tu],akhirnya dapatttt jugakkkk..Happynya toksah cakap la..
Dalam manja2 tu,kalau aku ada buat salah..keliling rumah dikejarnya juga aku dgn batang ubi kayu yang berbintat2 itu..adoiii..sakitnya tidak terperi..[waktu itu la ]Bila malam sewaktu aku tidur,aruah nenek aku akan menyapu minyak di tempat2 yang kena pukul itu..aruah nenek akan tunggu aku lelap..baru dia pelan2 masuk kelambu nak sapu minyak..dalam pada menyapu minyak tu terdengar rintihan menyesal dia kerana telah memukul cucu kesayangan yang telah kehilangan emak kandungnya ini..Nenek ku panggil emak..Dia yakin aku sudah lelap..padahal belum..sbb rasa sakit masih bersisa..susah nak lelap mata..Dalam hati merajuk pun ada..sedih pun ada..tapi air mata jatuh sbb sakit..tapi bila aruah nenek sapu minyak sambil merintih..baru betul2 airmata jatuh dari kolamnya..Saat itu aku sungguh sayu..Mujur aruah nenek tak nampak mungkin sbb gelap dalam kelambu..lagipun aku cover line..tutup muka dgn bantal masa mula2 menangis sakit tu..
Sampai sekarang batang ubi kayu merupakan benda yang sangat memberi kenangan indah dalam hidupku..Bila terpandangkannya..kenangan terindah ini kembali bermain di layar ingatan..

Arghh..indahnya kenangan itu..andai bisa kuputarkan kembali saat2 itu..sudah pasti aku mahu kembali ke waktu itu..waktu di mana kasih sayang yang benar2 ikhlas wujud..dari lubuk hati yang palingggggg dalamm..

Al Fatihah untuk kedua2 insan yang teramat Nida sayangi ini..Semoga mereka tenang di sana di sisi Sang Penciptanya..
Ameeenn.